Video tok dah menyentuh hati berjuta-juta penonton yang telah menontonya melalui Youtube...kisah persahabatan antara manusia dengan haiwan. Sedangkan haiwan boleh mengenang jasa orang yang berbudi dengannya...inikan pula manusia.
Rabu, 2010 Januari 20
Christian The Lion
Sabtu, 2009 Oktober 03
Blog, Blogger, Memblog, Berblog
Salam....
Lama ehh dah sik memblog...sepanjang sik diupdate tok nang banyaklah peristiwa yang manis, yang pahit, yang sedih & yang lucu....cuba nak dikongsikan. Tok dah masuk bulan September semuanya sik terblog.
Rami juak dak kerabat yang nanyak...apasal blog sunyi. Alasan standard :
i. Sekda Masa : Bulakkkkk.......ney ada orang yang sekda masa..kita diberik 24 jam sehari 7 hari seminggu semuanya cukup. Terpulang pada dirik sendirik camne nak manage masa ya. Mungkin yang paling tepat "Kurang Masa"..Maklumlah kita tok bekerja...masa sebahagian besarnya dah digunakan untuk kerja2 seharian termasuk main FB. (Main FB senang coz sekda gago nak molah topik...numpang topik orang jak)
ii. Sekda Idea : Mungkin benar...mun nak nulis pasal dirik sendirik..kelak orang madah syok sendirik...nak nulis bahan Ilmiah...bahan bacaan pulak yang kurenggg...ya lah selalu main cut n paste jak. Kesimpulanya memang susah nak mendapatan topik yang sesuai, ringan dan menarik (eehmmm...sungguh tidak berjiwa penulis aku ini)
Ya alasan utama....terkadang ada juak terdetik dalam hati....
i. Bila dah blog update hari-hari dah macam suratkhabar jadinya.....orang akan berkata...sik ada kerjakah nya tok?
ii. Bila dah blog jarang-jarang diupdate...orang akan kata....orang nak blog nya pun nak memblog...bila dah memblog angat-angat taik ayam....weeii....
So kesimpulanya...bila masa yang sesuai nak memblog?
Bagi kamek memblog hanya mengisi masa terluang...sekadar berkongsi cerita, berkongsi bahan, sekadar melepas yang terbuku dan tidak berniat untuk mencari duit dengan berblog atau bertanding blog popular ataupun blog aktif mahupun blog yang hot...(hot ke?). Berblog bukan ukuran bahawa seseorang yang banyak kerja sik banyak kerja, sibuk sik sibuk...ya terpulang kepada individu...Setiap blogger ada alasan tersendiri so sik adil untuk kita menilai sidak....seehhhh.
Pada bloger yang jarang-jarang update macam kamek....jika rasa selesa nak berbicara...berbloglah dengan ikhlas...bukan kerana risau coz sekda entry...manakala kepada blogger yang aktif...teruskan memblog..keep it up...kamek salute kerana kamek suka baca blog orang....
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
21:02
Khamis, 2009 September 24
Nani bintang hati kami

Kalau ada racun dalam hidup kami,
Nani penawarnya.
Kalau ada hasad manusia pada kami,
Nani penghakisnya.
Kalau ada kegelapan dalam perjalanan kami,
Nani obornya.
Kalau ada resah dalam malam kami,
Nani pembawa subuh yang hening.
Kalau hari esok kami berjaya,
Itu hadiah buat Nani
Kalau hari esok kami lebih beriman,
Itu panduan hidup Nani.
Kalau ada hari-hari kami marah,
Itu landasan mu, Nani
Kalau ada hari-hari kami pukul,
Itu kerana kami sayang pada mu, Nani
Tidak pernah hidup kami diberkati sebegini rupa,
Tidak pernah kami pinta anugerah sehebat ini,
Tidak pernah kami mimpikan kebahagian setala langit,
Tapi hari ini, kami pohon segala-galanya…
Kerana Nani kekasih hati kami,
Kerana Nani anugerah Tuhan buat kami,
Kerana Nani amanah yang harus kami lunaskan,
Kerana Nani kami di sini sehingga ke hari mati.
Selamat Hari Jadi, Syahzanani.
Kami panjatkan doa,
Agar Nani menjadi anak yang sempurna.
Bijak akal mu,
Tegar iman mu,
Indah budi bahasa mu,
Mudah perjalanan duniawi mu
Syurga Jannah tetapan abadi mu.
Amin, Amin, Amin, Ya Rabbul Alamin…
Dari Kami…..Ayah & Mama
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
22:19
Selasa, 2009 September 01
Pergi Tak Kembali

Perginya seseorang yang penting dalam hidup ku
Seseorang yang menyempurnakan hidup ku
Terbayang di mata saat terpandang tubuh kaku di katil itu
Bagai masih terasa sejuk jasad itu
Tatkala saat terakhir bibir ini mengucup dahinya
Basah kembali mata ini tatkala mengingati saat-saat itu
Memandangnya untuk kali terakhir
Saat pergi tak kembali seorang insan bergelar AYAH
Seperti masih terasa tangan lembut itu ku kucup
Ku urut lembut suatu ketika dulu
Saat kami bertukar senyuman
Saat menerima pelukan darinya
"Ayah, damailah Ayah disana.."
Pada hari itu ku kenal erti kesedihan
Menghadapi kehilangan orang yang tersayang…
Setiap pandangan akan nampak mata yang merah
Kesan sebuah tangisan
Ku juga tidak terkecuali
Tangan tak pernah henti menyapu air mata
Namun tetap jua gugur membasahi pipi
Sedu sedan mengiringi
Pemergian seseorang yang membawa kepada kelahiran ku ke dunia ini
Kematian adalah suatu yang pasti
Hidup di dunia hanya sementara
Yang kekal hanya DIA.
Semua insan akan melaluinya
Segala 'perjanjian' akan tertunai akhirnya.
"YA ALLAH,..tempatkan arwah Ayahku ku dikalangan orang-orang yang beriman..
Amin"
AL-FATIHAH
buat
Hj Mahdan B Katel yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Ogos 2009 bersamaan 9 Ramadhan 1430H
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
22:26
Jumaat, 2009 Julai 31
Tribute to Yasmin Ahmad
The Love of Tan Hong Ming
One of the best Merdeka day TVC! Race doesn't matter when we are young so why does it matter when we are older?
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
21:14
Selasa, 2009 Julai 21
Israk Mikraj
Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
(Surah al-Israa: ayat 1).
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).
Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.
Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:
Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.
Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.
Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ini.
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
06:00
Label: Info Agama
Isnin, 2009 Julai 13
6 perkara yang Allah SWT sembunyikan
Dicatat oleh
mR.kEwL
di
06:39
Label: Info Agama



